HomeUtamaJPJ Sabah sita kenderaan mewah, LKM tamat tempoh dan tiada insurans

JPJ Sabah sita kenderaan mewah, LKM tamat tempoh dan tiada insurans

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyita sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Land Cruiser dalam satu operasi khas Ops Luxury di Jalan Lintas Kepayan, di sini, pada Selasa.

Pengarah JPJ Sabah Datuk Mohd Harris Ali berkata, kenderaan persendirian itu dikesan melakukan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh selain tidak memiliki perlindungan insurans yang sah.

Beliau berkata, kesalahan tersebut melanggar peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(1).

“Kenderaan tersebut telah disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Mohd Harris berkata, operasi penguatkuasaan seperti Ops Luxury akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pengguna kenderaan.

Katanya, pihak jabatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan yang berkuat kuasa.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengingatkan semua pemilik kenderaan supaya memastikan Lesen Kenderaan Motor serta perlindungan insurans sentiasa aktif.

Menurutnya, langkah itu penting bukan sahaja untuk mematuhi undang-undang, tetapi juga bagi melindungi keselamatan semua pengguna jalan raya.- SABAH MEDIA / FOTO JPJ SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Menteri Pendidikan maklumkan kes Zara tidak akan disembunyikan – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular