HomeUtama11 PATI dipenjara atas pelbagai kesalahan imigresen

11 PATI dipenjara atas pelbagai kesalahan imigresen

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Kesemua warga asing dari Filipina dan Indonesia itu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Hurman Hussain.

Sepuluh daripada mereka dipenjara selama empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang wanita warga Indonesia dipenjara keseluruhan 10 bulan kerana memasuki negeri ini secara haram dan melanggar syarat pasport.

Bagi pertuduhan pertama, wanita itu dihukum penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara tidak sah, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara enam bulan lagi kerana melanggar syarat pasportnya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan.

Selepas selesai menjalani hukuman, kesemua tertuduh diperintahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kamrul Md Yusof dari Jabatan Imigresen.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah pilih pertumbuhan seimbang demi pembangunan mampan – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular