HomeIsu tempatanJahid Sumbang Dua Set TV Pintar Kepada SK Bantayan

Jahid Sumbang Dua Set TV Pintar Kepada SK Bantayan

Read Time:52 Second

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli telah menyumbangkan dua buah Televisyen Pintar (Smart TV) bagi kegunaan Sekolah Kebangsaan (SK) Bantayan, di kediaman beliau, sini baru-baru ini.

Menurut Guru Besar SK Bantayan, Salgaring Wahit, TV Pintar tersebut merupakan keperluan mereka sebagai alat bahan bantu mengajar berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

“Dengan adanya kemudahan TV Pintar tersebut, para tenaga pengajar lebih mudah untuk membuat penjelasan mengenai sesuatu topik menggunakan video dan animasi yang lebih realistik berbanding hanya penerangan semata-mata,” katanya

Selain itu, Jahid turut menyumbang dua buah kanopi bagi kegunaan sekolah berkenaan untuk dijadikan sebagai ruang tempat menunggu bagi ibu bapa yang mengambil anak mereka.

“Terima kasih tidak terhingga kepada YB Datuk Jahid Jahim atas keprihatinan beliau kepada pihak sekolah, sekurang-kurangnya ini akan dapat memberi keselesaan, membantu meningkatkan motivasi guru dan lebih memudahkan proses P&P sekolah nanti,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar,  Cikgu Lucy Jimoh dan Cikgu Dumeh Gimbot.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya