Bekalan Elektrik Luar Bandar Di Sabah Dan Sarawak Akan Dipertingkatkan – Arthur Kurup

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

Bekalan Elektrik merupakan keperluan asas yang sangat penting bagi  memperluas penyediaan infrastruktur luar bandar.

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)  berkata Kerajaan akan memberikan fokus yang lebih dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi memastikan rakyat luar bandar khususnya  di Sabah dan Sarawak dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam. Ini kerana masih terdapat sesetengah kawasan khususnya di pedalaman Sabah yang hanya mempunyai bekalan elektrik 12 jam sahaja.

“Mengenai bekalan elektrik yang sering terputus khususnya di Daerah Kecil Sook dan mengundang kemarahan penduduk, saya telah diberikan penjelasan lanjut daripada pihak SESB. Perkara ini sedang di atasi”.

“Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Rolling Plan Keempat (RP4) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan pembinaan sebuah sub pencawang stesen Sook yang baharu berkapasiti 33kv. Kerja-kerja pembinaan pencawang ini dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan dan mengambil masa selama setahun untuk disiapkan”

Tambahnya lagi, apabila siap kelak masyarakat di Daerah Kecil Sook akan dapat menikmati bekalan elektrik yang lebih baik. Selain itu, program bekalan elektrik luar bandar (BELB) di enam buah kampung melibatkan 231 buah rumah di Daerah Kecil Sook seperti Kampung Nangkawangan, Pohon Batu, Binanun, Sumbling dan Pengaraan sedang dilaksanakan katanya lagi.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *