HomeIsu tempatanGangguan Bekalan Air Di Sepanggar Dan Sekitar Dijangka Pulih 2023

Gangguan Bekalan Air Di Sepanggar Dan Sekitar Dijangka Pulih 2023

Read Time:1 Minute, 55 Second

6 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

TAMPARULI: Gangguan bekalan air yang dialami penduduk di beberapa kawasan sekitar Parlimen Sepanggar dijangka pulih selepas Loji Rawatan Air Telibong Fasa Dua beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, projek itu bakal meningkatkan kapasiti sebanyak 160 juta liter sehari (MLD) berbanding 80 juta MLD ketika ini.

“Projek ini tertangguh dari jadual asal penyiapan, pihak kontraktor telah pun diberikan pelanjutan masa bagi menyiapkannya dan berharap dapat disiapkan seawal tahun 2023.

“Saya berharap isu gangguan air di Sepanggar seperti di Universiti Apartment (UA); Bandar Sierra; Taman Rimba Menggatal dan sekitarnya dapat ditangani segera,”katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut bagi melihat kemajuan pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Telibong Fasa 2 hari ini.

Hadir sama, Pengarah Air Negeri Sabah Edward Lingkapo.

Bung berkata, pihaknya mahu melihat kemajuan pelaksanaan projek berkenaan dari bulan ke bulan dari kontraktor pelaksana bagi mencapai sasaran projek siap sepenuhnya mengikut jadual ditetapkan.

Bung Moktar ketika meninjau projek Loji Rawatan Air Telibong Fasa Dua

“Kita memahami dengan situasi kini dimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan namun jangan jadikan ini sebagai alasan projek tidak dilaksanakan dan tidak menampakkan kemajuan pelaksanaan.

“Kapasiti sedia ada ketika ini tidak dapat menampung keperluan air bersih yang  meningkat berikutan pertumbuhan pesat bandar raya Kota Kiabalu menyebabkan ada kawasan berdepan dengan gangguan air,”katanya.

Dalam perkembangan sama, Bung berkata, beberapa faktor lain turut menyebabkan gangguan bekalan termasuk projek pembinaan jalan raya Pan Borneo; kecurian air dan masalah pencemaran air sungai  Tuaran menyebabkan air keruh dan tidak dapat diproses.

“Bagi mengatasi masalah air keruh, pihak kementerian akan melaksanakan projek pembinaan kolam takungan air dimana ini adalah antara langkah penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah gangguan air di Sabah.

“Seperti Projek Loji Rawatan Air Telibong fasa dua ini, kita mempunyai dua kolam takungan air dimana ini boleh mengatasi masalah air keruh tidak dapat diproses atau ketika musim kemarau, air akan di salurkan dari kolam takungan ” katanya

Menurutnya lagi,  pembinaan kolam takungan air akan diperluaskan di beberapa buah daerah di Sabah antaranya Beaufort,Pitas ,Sipitang dan lain lain daerah.

“Kita akan memperincikan rancangan pembinaan ini bagi memohon peruntukan dari kerajaan dimana langkah ini adalah langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah gangguan air yang berlaku di seluruh Sabah” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular