HomeIsu tempatanTiada Layanan Istimewa Buat Ahli Parti Yang Melakukan Kesalahan - Datuk Dr...

Tiada Layanan Istimewa Buat Ahli Parti Yang Melakukan Kesalahan – Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Read Time:1 Minute, 5 Second

6 Jun 2021
Normimie Diun
[email protected]

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) adalah Parti yang memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan, khususnya hak-hak Orang Asal di Sabah.

Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan berkata, parti tidak akan melindungi mana-mana ahli sekiranya mereka terlibat dalam kesalahan atau mencemarkan nama baik parti.

“Ini termasuk kejadian baru -baru ini di mana seorang ahli parti telah didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita.

“Untuk menunjukkan kesungguhan kami menangani isu ini, ahli tersebut telah digantung dari semua jawatan di dalam parti.

“Lembaga disiplin parti akan bersidang dalam masa terdekat ini untuk memutuskan status keahliannya,” katanya.

Kitingan menyatakan kekesalannya kerana kejadian itu telah menimbulkan kesusahan di kalangan ahli-ahli STAR dan secara langsung telah mendedahkan parti  terhadap serangan-serangan daripada pihak lawan politik mereka.

“Individu ini bertindak mengikut kemahuannya sendiri dan tidak ada kaitan dengan parti STAR. Sebarang usaha untuk menyeret parti ke dalam perkara ini adalah tidak bertanggungjawab dan perlu dikecam.

“Saya menyeru semua ahli dan penyokong parti supaya berdiri teguh di belakang kepimpinan parti. Janganlah individu-individu yang hanya tahu bersembunyi di sebalik nama parti,” katanya.

Beliau juga menyokong saranan yang dibuat oleh Pengerusi Induk Ahli-ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau Joanna Kitingan, yang menyeru semua mangsa untuk tampil ke depan dan membantu dalam siasatan polis.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya