HomeIsu tempatanIbu Bapa Sokong Pelaksanaan PdPR Selama 25 Hari

Ibu Bapa Sokong Pelaksanaan PdPR Selama 25 Hari

Read Time:1 Minute, 48 Second

6 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang akan dilaksanakan selama 25 hari persekolahan bermula 14 Jun depan mendapat pelbagai reaksi khususnya dikalangan ibu bapa.

Ketetapan yang berkuat kuasa hari ini bukan saja merangkumi sekolah kerajaan malah turut membabitkan sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang mendaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Beberapa penjaga yang dihubungi  Sabah Media berkata, PdPR yang dilaksanakan itu dilihat wajar disambung berikutan jumlah kes COVID-19 masih belum berada pada paras membimbangkan.

Seorang bapa, Madzaral Sebalun berkata, penularan wabak itu kini berada didalam komuniti dan bimbang terhadap keselamatan anak-anak khususnya di sekolah.

“Secara dasarnya, PdPR ini sememangnya harus disambung dan sesi persekolahan secara bersemuka dilihat belum sesuai untuk dilaksanakan kini berikutan jumlah kes yang masih belum stabil dan membimbangkan.

“Risiko jangkitan amat tinggi kepada para pelajar dan kerajaan perlu membantu menyediakan peralatan pembelajaran seperti telefon dan tablet kepada keluarga yang belum mampu mendapatkan peralatan berkenaan,”katanya.

Bagi ibu yang juga penjawat awam, Nurhafizah Husin turut bersetuju dengan pelaksanaan PdPR selama 25 hari.

“Kita lihat sekarang varian COVID-19 lebih cepat merebak berbanding sebelum ini dan ini juga dilihat berbahaya kepada anak-anak jika ke sekolah.

Nur Inas Safiya Othman anak kepada Nurhafizah ketika melaksanakan PdPR

“Jika sekolah dibuka, kemungkinan akan ramai yang tidak kesekolah.  Justeru itu adalah lebih selamat anak-anak kita berada di rumah bersama keluarga dan ibu bapa boleh memantau anak-anak,”katannya.

Sementara itu, ibu kepada tiga anak yang bersekolah di peringkat sekolah rendah, Siti Norihan Saimin @ Ariff berkata, pihak sekolah perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengambil pandangan dan cadangan bagi memastikan PdPR berjalan lancar.

“PdPR yang disambung ini sememangnya disokong penuh bagi mengawal penularan jangkitan khususnya dikalangan pelajar sekolah rendah.

“Namun bagi ibu bapa yang kebetulan Bekerja Dari Rumah (BDR) mungkin akan dapat memantau sesi PdPR anak-anak dirumah namun sekiranya terpaksa bekerja dipejabat, pemantauan akan terlepas pandang,”katanya.

Siti Norihan berkata, penggunaan modul pembelajaran dalam tempoh tertentu mungkin mampu membantu sesi pembelajaran anak-anak sekiranya ada ibubapa yang bekerja di pejabat.

“Sekiranya menggunakan modul, ibu bapa akan dapat memantau tugasan mereka pada sebelah malam,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular