HomeIsu tempatanKBSS Laksana Bengkel Dan Program Khas Bantu Kerajaan Tangani COVID-19

KBSS Laksana Bengkel Dan Program Khas Bantu Kerajaan Tangani COVID-19

Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan meneruskan Bengkel Masyarakat Sihat dan Cergas dalam Norma Baharu di lima buah daerah di Sabah selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ditamatkan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, selain itu pihaknya juga akan turut melaksanakan Program Khas COVID-19 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia dalam usaha membantu kerajaan memerangi COVID-19.

“Pihak kementerian sememangnya telah melaksanakan program-program yang dinyatakan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah sebelum ini dimana program seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keadaan dan kesesuaian masa.

“Banyak lagi program dan aktiviti berkaitan COVID-19 telah kita rancang namun kita perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang dikuatkuasakan kerajaan dan ketika ini kita terpaksa menghentikan sementara program yang dirancang,”katanya.

Ellron berkata, pihaknya sebelum ini telah melaksanakan Bengkel Masyarakat Sihat dan Cergas dalam Norma Baharu yang telah dilaksanakan di empat buah daerah iaitu Tuaran; Kudat; Kuala Penyu dan Papar.

Katanya, penganjuran dan pelaksnaan bengkel itu adalah bertujuan bagi memberi kesedaran dan mendidik masyarakat tentang bahaya dan ancaman COVID-19 kepada masyarakat setempat.

“Pengisian program ini turut melibatkan ceramah berkenaan vaksinisasi COVID-19 dan Pelaksanaan SOP oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) di daerah-daerah yang terlibat.

“Selain itu, kempen keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta taklimat bahaya penyalahgunaan dadah dikalangan belia dan beliawanis oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut dilaksanakan,”katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, program yang dilaksanakan adalah mengikut SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, di mana hanya 120 peserta terlibat untuk setiap kali penganjuran.

“Sepatutnya selepas empat daerah yang disebutkan itu,  pihak kementerian merancang untuk meneruskan program yang sama di lima daerah lagi, tetapi tertangguh disebabkan PKP sehingga ke hari ini.

“Selepas berakhirnya bengkel ini, KBSS akan melaksanakan Program Khas COVID-19 di 27 daerah seluruh negeri Sabah yang menjurus kepada kefahaman program vaksinasi, peraturan dan SOP serta kesukarelawan di kalangan belia dan beliawanis,”katanya.

Tambahnya, Program Khas itu akan dilaksanakan secara berterusan sehingga program vaksinisasi selesai sepenuhnya dan pandemik COVID berakhir.

Terdahulu, sebelum ini bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe meminta pihak kementerian memainkan langkah lebih proaktif dalam mewujud dan menanam kesedaran serta mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini.

Phoong turut meminta Ellron untuk mengaktifkan organisasi di bawah naungan KBSS bagi mengajak lebih ramai belia dan beliawanis mengikuti Program Vaksinasi Kebangsaan.

Selain itu, Phoong turut menggesa KBSS mengajak organisasi di bawah naungan kementerian itu untuk terlibat dalam program sukarelawan membantu kerajaan menangani COVID-19

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya