7,944 Individu Sudah Diberikan Vaksin Di Beluran, Gesa Rakyat Terus Daftar Nama

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 13 Second

BELURAN : Seramai 7,944 individu di daerah ini telah diberikan vaksin COVID-19 dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pemberian vaksin itu dilaksanakan tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di PPV Dewan Serbaguna Pekan Beluran; PPV Dewan Kampung Kobambangan Paitan dan PPV Dewan Institut Perhutanan Sabah Telupid.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, orang ramai digesa untuk terus mendaftarkan diri bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebagai langkah melindungi keselamantan diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.

Katanya, sokongan serta kerjasama penuh rakyat terhadap PICK adalah amat penting dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 agar kehidupan dapat kembali seperti sedia kala.

“Kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk terus mempermudahkan orang ramai mendapatkan vaksinasi khususnya penduduk di luar bandar, kampung-kampung dan pedalaman yang menghadapi kesukaran untuk membuat pendaftaran dan menerima vaksin.

“Kerajaan juga akan terus komited dan berusaha bagi memastikan program vaksinasi berjalan dengan lancar dan teratur bagi mencapai objektif utama sasaran iaitu imuniti kelompok yang penting bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diumum oleh Perdana Menteri sebelum ini,”katanya.

Dr Ronald ketika meninjau pemberian vaksin di PPV Dewan Serbaguna Pekan Beluran

Beliau berkata dalam kenyataan hari ini selepas mengadakan lawatan ke PPV Dewan Serbaguna Pekan Beluran

Katanya, peningkatan kadar vaksinasi adalah antara indikator penting dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara sekaligus membolehkan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial.

“Ini akan membantu kita beralih keluar secara berfasa dari kemelut pandemik COVID-19 kepada norma kehidupan pra pandemik,”katanya.

One thought on “7,944 Individu Sudah Diberikan Vaksin Di Beluran, Gesa Rakyat Terus Daftar Nama

Tinggalkan Balasan kepada Jonathan sarim Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *