HomeLuar negaraSingapura Tambah Penjejak Kontak COVID-19

Singapura Tambah Penjejak Kontak COVID-19

Read Time:2 Minute, 4 Second

AGENSI
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menambah 200 lagi penjejak kontak kepada 500 orang berikutan peningkatan jangkitan COVID-19 di republik itu.

Keadaan dianggap semakin kritikal kerana sebahagian besar jangkitan terkini membabitkan varian baharu coronavirus yang lebih pantas menular.

MOH berkata adalah penting bagi kontak rapat pesakit yang dijangkiti dikenal pasti segera dan diasingkan supaya penyebaran lanjut coronavirus dapat dikekang dan dibasmi.

Sebahagian besar tenaga kerja baru di pusat jejak kontak MOH adalah daripada Pasukan Bersenjata Singapura (SAF) yang menugaskan sekitar 160 individu, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Secara berasingan, polis mendapatkan khidmat kontrak tiga pertubuhan menerusi tender bernilai SG$327,000 (RM1 juta) yang dikeluarkan bulan lalu bagi menyediakan tenaga kerja sokongan.

Ketua pusat jejak kontak MOH, Prof Vernon Lee, memberitahu ST, 500 penjejak kontak bukan jumlah yang besar kerana lebih ramai bertugas sewaktu pemutus rantaian jangkitan COVID-19 selama dua bulan bermula April tahun lalu.

“Pada suatu masa dulu, pusat ini mempunyai sekitar 1,000 orang untuk menangani bilangan penambahan harian kes virus baharu dan boleh mengatasi 1,000 kes dalam beberapa hari.

“Sebagai perbandingan, kes harian baharu bagi dua bulan sebelum ini jarang bertambah melebihi 50 kes,” katanya.

Tambahan kes baru-baru ini turut mendorong kerajaan memperkenalkan langkah keselamatan tambahan mulai bulan lalu, lantas mengembalikan Singapura kepada Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dari Fasa 3 pembukaan semula ekonomi negara.

Tambahan tahun ini lebih kecil berbanding tahun lalu tetapi proses jejak kontak meningkat dari segi jumlahnya.

Kata Prof Lee, setiap kes kini lebih rumit kerana adanya lebih banyak data termasuk TraceTogether yang secara automatik memberi log kontak rapat pesakit COVID-19.

“Lebih 90 peratus penduduk Singapura menggunakan sama ada aplikasi atau token TraceTogether.

“Ini bererti lebih banyak sumber diperlukan bagi menganalisis data tetapi penjejak kontak kini bekerja secara bijak dengan penggunaan lebih banyak peralatan analisis data,” katanya jelas.

Peralatan geospatial, sebagai contoh, membantu mencari kaitan berpotensi antara kes menerusi lokasi mereka.

Peralatan itu dilaporkan membantu pihak berkuasa menentukan sama ada pasar basah Bukit Merah View menjadi sumber kebanyakan jangkitan terkini.

Berbanding tahun lalu, kontak rapat kini harus ditemui dengan dengan cepat kerana terdapat lebih banyak varian COVID-19 yang mudah berjangkit.

Ujian juga dikendalikan secara bersasar bagi membantu penjejak kontak langsung menjurus ke arah kes yang disyaki secara lebih cepat.

“Dengan semua peralatan ini, kami mampu mengenal pasti kes, menguji mereka dengan lebih cepat dan mengekang jangkitan.

“Kami berasakan tidak perlu melalui tempoh pemutus rantaian jangkitan kerana kami dapat mengawal bilangan kes sebelum Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dimulakan,” kata Prof Lee. 

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya