ASMAKK dan YADIM Hulur Bantuan di PKPD Kg Manggis Menumbok

Read Time:56 Second

MENUMBOK: Persatuan Alumni SMK Agama Kota Kinabalu dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) Sabah tampil menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 buah rumah yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Manggis Menumbok semalam (20 Jun).

Rombongan diketuai oleh Pengarah YADIM Sabah Samin Ongki dan Presiden ASMAKK Dr M Kamel Wan Ibrahim.

Samin berkata ketika ditemui di majlis ringkas itu, beliau mengucapkan tahniah atas inisiatif Alumni berkenaan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka berkolaborasi dengan YADIM Sabah membantu meringankan beban bagi penduduk yang terkesan ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.

Samin turut menasihati penduduk kampung agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas barisan hadapan yang bertugas 24 jam di kampung berkenaan sepanjang pelaksanaan PKPD ini.

Rombongan turut menemui petugas barisan hadapan yang terdiri Polis, Tentera, RELA dan Jabatan Kesihatan bagi menyampaikan sumbangan penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam memantau keadaan kawasan PKPD di Kg Manggis itu.

Pelaksanaan PKPD di Kg Manggis, Menumbok yang bermula sejak 14 Jun lepas dijangka akan berakhir 27 Jun ini akibat dari penularan kes positif Covid-19 meningkat di kawasan tersebut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.