HomeUtama10,000 Pekerja Dalam Sektor Pembuatan Di Sabah Akan Menerima Vaksin Melalui PIKAS

10,000 Pekerja Dalam Sektor Pembuatan Di Sabah Akan Menerima Vaksin Melalui PIKAS

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Dianggarkan seramai 10,000 orang pekerja akan menerima vaksinasi melalui Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang memfokuskan kepada sektor pembuatan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program PIKAS akan beroperasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) mulai Julai depan itu menyasarkan 1,500 pekerja dalam sektor ini akan menerima vaksinasi dalam sehari.

“Kerajaan akan berusaha memastikan bekalan vaksin seperti Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca adalah mencukupi untuk rakyat dan Sabah akan menerima lebih banyak bekalan mulai bulan Julai dan seterusnya.

“Beberapa negara seperti China, New Zealand dan Australia berjaya mencapai angka sifar kes harian dengan pelaksanaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan yang paling penting, mempercepat proses pengambilan vaksin kepada seluruh rakyat di negara mereka,”katanya.

Beliau berkata ketika melancarkan Kempen Sifar Pandemik COVID-19 secara virtual di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) disini hari ini.

Hajiji berkata, Kempen Sifar Pandemik COVID-19 adalah inisiatif bersama antara kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan mewujudkan penanda aras baharu bagi masyarakat di negeri ini dan pentingnya mencapai angka sifar kes harian.

“Pandemik ini tidak akan dapat dihentikan jika kita menganggap kita telah menang setiap kali kelonggaran diberikan dalam setiap perlaksanaan secara berperingkat yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Sangat penting bagi masyarakat untuk terus mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP dalam rutin harian mereka selama ada kes yang aktif di negara kita. Adalah penting untuk melihat kes positif tiga angka yang didaftarkan di Sabah setiap hari. Ini harus menjadi peringatan bagi kita untuk tidak berpuas hati tetapi waspada dan terus mematuhi SOP,” katanya.

Katanya, rakyat perlu sedar apabila kelonggaran SOP diberikan, peningkatan kes harian meningkat naik dengan begitu mendadak sekali.

Malaysia kini menghadapi gelombang ketiga penularan pandemik itu menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)3.0 di seluruh negara.

Kerajaan mengakui kesulitan yang dihadapi oleh rakyat dengan setiap penguatkuasaan yang ditetapkan kerajaan.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular