HomeIsu tempatanTidak Patuh SOP Punca Angka Kes Covid-19 Tidak Statik

Tidak Patuh SOP Punca Angka Kes Covid-19 Tidak Statik

Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah mencatatkan peningkatan tiga kes iaitu daripada 163 kes semalam (20 Jun 2021) kepada 166 kes (21 Jun 2021) hari ini.

Dua kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 166 kes jangkitan baharu hari ini, 83 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 49 kes adalah daripada saringan kluster, 19 kes adalah daripada saringan bergejala, empat kes daripada saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.

“11 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala dua lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Sandakan 16 kes (+14) dan Kota Kinabalu 44 kes (+13), dimana jumlah 17 kes daripada 44 kes di Kota Kinabalu adalah daripada Saringan Kluster,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah dalam kenyataan media hari ini.

Walau bagaimanapun, sembilan daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes.
Tujuh daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala dua daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kunak (-20) dan Keningau (-15).

Manakala lapan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kalabakan, Ranau, Putatan, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan.

Menurut masidi lagi, data keseluruhan pada hari ini ialah, 11 daerah mencatatkan kenaikan kes, sembilan daerah mencatatkan penurunan kes, tujuh daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam dengan kesemuanya adalah daerah sifar kes, lapan daerah mencatatkan sifar kes, satu daerah kekal sebagai Zon Hijau iaitu Beluran, dua kluster baru direkodkan iaitu Kluster Samedra, Kota Kinabalu dan Kluster Serudung Baru Tawau, dan enam kluster merekodkan catatan kes yang agak aktif iaitu Kluster Samedra 15 kes, Kluster Serudung Baru
sembilan sembilan kes, Kluster Nelayan Tengah tujuh kes, Kluster Kampung Gusi lima kes, Kluster Indah empat kes dan Kluster Taman Wawasan empat kes.

Walaubagaimanapun, pelandaian kes baharu hanya akan berlaku sekiranya kes terus menurun namun, dengan jumlah catatan sebanyak 83 kes daripada Saringan Kontak Rapat, perubahan angka yang tidak statik serta hanya satu daerah Zon Hijau, dapat disimpulkan terdapat kebarangkalian tinggi bahawa masih berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya