Jelani Dilantik Pengarah Sabah FC Baharu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Jelani Hamdan dilantik sebagai Pengarah Sabah FC yang baharu bagi mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang Setiausaha Agung SAFA Benedict Asmat.

Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menyerahkan watikah perlantikan kepada Jelani di pejabatnya di Kementerian Kerja Raya Sembulan disini.

Bung berkata, pertukaran itu merupakan pertukaran biasa bagi membolehkan kedua-dua belah pihak memberikan tumpuan kepada tugas masing-masing.

Katanya, Benedict yang sebelum ini menjadi Pengarah Sabah FC akan memberikan perhatian kepada hal-hal pentadbiran sebagai Setiausaha Agung SAFA,sementara Jelani akan memberikan fokus dengan tugas baharunya sebagai Pengarah Sabah FC.

“Pertukaran tugas ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan SAFA dan Sabah FC, saya yakin kedua-dua mereka berpengalaman dan  mampu melaksanakan tugas masing-masing ini” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tersebut.

Hadir sama Setiausaha Eksekutif SAFA David Wisom

Sementara itu, Jelani yang juga Pengurus Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah berkata perlantikan tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu digalas dalam membawa era kecemerlangan sukan bola sepak khususnya Sabah FC  sebagai sebuah pasukan yang mampu mencipta kejayaan dalam setiap perlawanan.

“Saya amat menghargai pelantikan ini dan akan cuba melakukan sesuatu yang terbaik untuk pasukan Sabah FC” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *