HomeIsu tempatanJelani Akan Terus Laksana Perancangan Sabah FC Dengan Lebih Baik Dan Teratur

Jelani Akan Terus Laksana Perancangan Sabah FC Dengan Lebih Baik Dan Teratur

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Pengarah Sabah FC yang baharu, Datuk Dr Jelani Hamdan akan terus melaksanakan perancangan pasukan yang sedia ada dengan lebih baik dan teratur.

Katanya, ia adalah bagi memastikan kekuatan kelab itu dalam menghadapi saingan Liga Super musim ini.

“Kita akan sentiasa mengadakan perbincangan bersama pengurusan kelab dari semasa ke semasa bagi mengetahui perkembangan pasukan.

“Perancangan yang baik dalam kelab dan sedang berjalan akan kita teruskan, sudah tentu kita mahu pasukan lebih kuat untuk menghadapi saingan Liga Super musim ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam sesi suai kenal dengan pegawai pengurusan dan pemain Sabah FC di padang Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) kelmarin.

Sejak dilantik sebagai Pengarah yang baharu kelab berkenaan pada 10 Jun lalu, ini penampilan pertama kali beliau menemui pemain selepas mereka selesai menjalani latihan “Camp Based Training” di venue tersebut.

Beliau yang juga Naib Presiden SAFA berkata, pihaknya akan cuba untuk mengurangkan masalah yang ada namun akan menambahbaik isu yang timbul dalam pasukan.

“Saya sedar tanggungjawab yang diamanahkan ini berat namun saya yakin dengan kerjasama semua pihak saya mampu untuk melaksanakan tugas ini.

“Berhubung soal pemain, saya serahkan kepada jurulatih untuk menentukan dan yakin beliau (Kurniawan) mampu melaksanakan yang terbaik untuk pasukan,”katanya.

Hadir sama pada sesi suai kenal itu ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom, Pengurus FC pasukan Sabah, Marzuki Nasir, Pengarah Teknikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw dan Ketua Jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya