Lebih 8,000 Bakul Makanan Diagihkan Di Tambunan

Read Time:1 Minute, 5 Second

TAMBUNAN : Sebanyak lebih 8,000 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk di enam buah mukim di daerah ini yang terjejas akibat COVID-19.

Pengagihan yang dibuat oleh Pejabat Daerah Tambunan dengan kerjama Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan itu telah dilaksanakan bermula Rabu dan akan diagihkan sehingga selesai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pengagihan bakul makanan itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan neegri bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan B40.

“Pada kali ini, saya berkesempatan turun sendiri untuk menyerahkan bakul bantuan makanan kepada penduduk di Mukim Lintuhun dan Mukim Nambayan.

“Selain itu, beberapa mukim lain seperti Mukim Kirokot, Mukim Sunsuron, Mukim Monsurulung dan Mukim Patau juga akan turut menerima agihan bakul makanan ini,”katanya.

Agihan bakul makanan itu akan disampaikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap mukim sebelum diedarkan kepada penduduk terbabit.

Terdahulu, Jeffrey turut menerima sebanyak 8,000 bungkus roti untuk diletakkan di  Gapari Food Bank sumbangan Syarikat Kim Teck Cheong.

Beliau merakamkan penghargaan kepada syarikat berkenaan atas sumbangan yang diberikan dan berharap lebih banyak syarikat lain membantu menyumbang mengisi makanan di ‘Food Bank’ berkenaan.

“Food Bank ini dibuka adalah bagi membantu penduduk yang kurang berkemampuan khususnya ketika pandemik COVID-19,”katanya.

SABAH MEDIA JUGA BOLEH DIIKUTI DI TELEGRAM : https://t.me/joinchat/Z7H7hGYFNvJmYzhl

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *