HomeUtamaCOVID-19 : Dua Lagi Kluster Ditempat Kerja Direkodkan Di Sabah

COVID-19 : Dua Lagi Kluster Ditempat Kerja Direkodkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah hari ini melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu Kluster Kluster Jalan Kayu Madang – Kota Kinabalu, Tuaran dan Kluster Kluster Lorong Berjaya – Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Kayu Madang – Kota Kinabalu, Tuaran melibatkan penularan jangkitan dalam kalangan pekerja apabila kes indeks, wanita, 31, Pegawai Kawalan Kualiti di sebuah syarikat tersebut disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Manggatal pada 30 Jun 2021, selepas bergejala demam dan hilang deria rasa sejak 27 Jun 2021.

“Manakala Kluster Lorong Berjaya – Kota Kinabalu melibatkan jangkitan dalam kalangan kakitangan di sebuah premis perniagaan, kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki, 25, petugas khidmat pelanggan yang bergejala sejak 29 Jun 2021 sebelum dikesan positif dalam ujian saringan COVID-19 di Permai Poliklinik Bandaran pada 30 Jun 2021,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, kerajaan negeri telah memutuskan pelaksanaan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari di Kampung Baru Batu 2, Jalan Apas, Tawau berkuat kuasa 07 Julai sehingga 20 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Masidi lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 14 ujian saringan dan sembilan daripadanya disahkan positif COVID-19, namun kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

Turut dilanjutkan PKPD iaitu Kampung
Ejuk, Kota Belud dan Kampung Warisan, Kota Kinabalu bermula 07 Julai sehingga 20 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

KKM mendapati penularan masih berlaku serta terdapat juga kes baharu direkodkan di kedua-dua lokaliti dilanjutkan PKPD tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya