COVID-19 : Saringan Di 5 Kluster & Saringan Bersasar Pulau Gaya Antara Penyumbang Kes Tinggi Di Kota Kinabalu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Saringan di lima kluster sekitar daerah Kota Kinabalu selain saringan bersasar di Pulau Gaya menjadi antara punca jumlah angka kes COVID-19 direkodkan tinggi iaitu sebanyak 89 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, saringan yang dijalankan di di kluster-kluster berkenaan telah merekodkan jumlah sebanyak 15 kes.

“Antara kluster terlibat ialah Kluster Jalan Kayu Madang (5 kes); Kluster Lorong Berjaya (1 Kes); Kluster Muhibbah Manggatal (5 kes); Kluster Bahtera Barat (3 kes) dan Kluster Ocean Blue (1 kes).

“Selain itu, saringan bersasar di Pulau Gaya turut merekodkan jumlah sebanyak 58 kes; saringan kontak rapat (10 kes); saringan bergejala (5 kes) dan satu kes dari saringan lain-lain kes,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Sabah merekodkan angka kes COVID-19 hari ini sebanyak 263 kes iaitu meningkat 35 kes berbanding 228 kes semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, 117 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat;  48 kes adalah daripada Saringan Kluster; 11 kes adalah daripada Saringan Bergejala; 79 kes daripada Saringan Bersasar dan lapan kes adalah daripada saringan lain-lain kes.

“Sebanyak 10 daerah yang mencatatkan peningkatan kes berbanding semalam iaitu Kudat; Tawau; Tuaran; Kinabatangan; Lahad Datu; Penampang; Sandakan; Kota Belud dan Keningau.

“Dua daerah kekal dengan catatan kes baharu iaitu Semporna dan Kota Marudu masing-masing mencatatkan dua kes,”katanya.

Katanya, sebanyak enam daerah mencatat penurunan kes iaitu Kota Kinabalu; Kunak; Papar; Beaufort; Putatan dan Kalabakan.

Manakala, sembilan lagi daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran; Telupid; Tongod;  Ranau; Kuala Penyu; Sipitang; Tenom; Nabawan dan Tambunan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *