HomeUtamaCOVID-19: Penularan Kes Positif di Tempat Kerja Cetus Kluster Baharu

COVID-19: Penularan Kes Positif di Tempat Kerja Cetus Kluster Baharu

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Agora Borneo melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu Bataras Hypermarket 1Borneo.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah pembantu jualan wanita, 24, dari Kg Lokub, Kota Kinabalu disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Manggatal pada 30 Jun 2021, selepas bergejala sejak 20 Jun 2021.

Kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, saringan seterusnya turut mendapati ujian saringan RTK-Ag gred 100% ke atas kes indeks pada 01 Julai 2021 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah sebelum dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, daripada 133 sampel yang
diambil dalam kalangan kontak rapat, 26 sampel dikesan positif termasuk 17 kes
baharu yang direkod pada hari ini.

Sementara itu, 57 sampel negatif dan 50 sampel lagi sedang menunggu keputusan ujian saringan.

“Berdasarkan siasatan awal, penularan COVID-19 dipercayai merebak di tempat kerja hingga ke generasi kedua iaitu ahli keluarga,” kata Masidi lagi.

Pengesanan kontak secara aktif sedang giat dijalankan oleh pasukan kesihatan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular