COVID-19 : PKOB Beaufort Minta Penduduk Sekitar PKPD Taman Zifa Laksana Kawalan Kendiri & Hadir Saringan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Zifa Beaufort mencatat peningkatan kes dengan 67 peratus dikesan positif COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia meliputi sebanyak 83 kes positif daripada 190 penduduk setakat ini dikawasan berkenaan.

“Oleh itu, pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Beaufort memohon semua penduduk kawasan sekitar yang mengalami simptom dan bergejala agar mengambil pendekatan kawalan kendiri.

“Selain itu penduduk kawasan sekitar juga dinasihatkan untuk hadir saringan di klinik kesihatan bagi membendung penularan kes di lokaliti tersebut,” katanya dalam kenyataan disini, malam ini.

Katanya, sebanyak 57 kes direkodkan di daerah Beaufort hari ini yang berpunca daripada saringan bersasar sebanyak 34 kes; saringan kontak rapat (22 kes) dan satu kes dari saringan bergejala.

“Semalam, Beaufort mencatatkan peningkatan kes berbanding semalam iaitu daripada 21 kes meningkat 36 kes menjadikan jumlah sebanyak 57 kes pada hari ini,”katanya.

Taman Zifa, Bingkul, Beaufort telah dikenakan PKPD bermula semalam sehingga 18 Julai depan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *