COVID-19 : Sabah Catat Penurunan Kes Positif, Rekod 1 Kematian Di Tawau

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Satu kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sabah membabitkan daerah Tawau manakala kes sembuh mencatatkan jumlah sebanyak 199 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes positif COVID-19 di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak 38 kes iaitu daripada 263 kes semalam menurun kepada 225 kes hari ini.

“Daripada 225 kes jangkitan baharu hari ini, 101 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat; 21 kes daripada Saringan Kluster; 19 kes daripada Saringan Bergejala; 69 kes daripada Saringan Bersasar dan 15 kes lagi adalah daripada Saringan lain-lain kes.

“Selain itu, sebanyak tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes iaitu Beaufort; Penampang; Kuala Penyu; Lahad Datu; Semporna; Kota Marudu dan Putatan,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, sebanyak 12 daerah mencatatkan penurunan kes berbanding semalam iaitu Kudat; Kota Kinabalu; Tawau; Kota Belud; Tuaran; Kunak; Pitas; Sandakan; Kalabakan; Keningau; Kinabatangan dan Papar.

“Manakala sebanyak 11 daerah mencatatkan sifar kes pada hari ini iaitu Beluran; Telupid; Kunak; Kalabakan; Tongod; Ranau; Tuaran; Sipitang; Tenom; Nabawan dan Tambunan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *