HomeIsu tempatanCubaan Seludup Minuman Keras Dipatahkan Polis Marin

Cubaan Seludup Minuman Keras Dipatahkan Polis Marin

Read Time:1 Minute, 9 Second

BEAUFORT : Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu berjaya mematahkan aktiviti cubaan penyeludupan minuman keras di kawasan tepi anak sungai daerah Menumbuk dalam satu operasi jam lebih kurang 9 malam kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, Asisten Superitenden Polis Roslan Awang berkata, serbuan dijalankan selepas intipan terhadap beberapa orang indivdu di kawasan tersebut.

“Semasa intipan dijalankan dikawasan tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki sedang melakukan aktiviti pemunggahan bungkusan plastik berwarna hitam daripada bot ke kawasan daratan.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan menjumpai minuman keras sebanyak 29 Carton Jenama Carlsberg, 60 carton jenama Royal Stout dan 61 carton jenama Anchor dianggarkan bernilai RM15,000.00 dimuatkan dalam bot dan dipunggah ke daratan,” katanya menerusi hantaran di Facebook Pasukan Polis Marin W4 Sabah kelmarin.

Katanya, kesemua minuman keras tersebut adalah dipercayai dibawa dari Labuan dan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan umur 27 hingga 47 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Turut dirampas sebuah bot menggunakan enjin 200HP dan tiga buah kenderaan. Keseluruhan nilai rampasan bot, kenderaan dan minuman keras adalah dianggarkan berjumlah lebih kurang RM338,000.00.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Masyarakat di sarankan menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0132831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

SUMBER : Pasukan Polis Marin W4 Sabah

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya