23 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Api memusnahkan 23 buah rumah di perkampungan atas air Tanjung Aru Baru dekat sini awal pagi Ahad (18 Julai 2021), kejadian kebakaran berlaku kurang dua minggu di kampung yang sama pada awal Julai lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin dalam satu kenyataan media berkata, selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 pagi, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Penampang bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 3km dari jarak balai.

Operasi diketuai oleh Penguasa Kanan Bomba I, Misran Bisara bersama 36 pegawai pelbagai pangkat dan 10 buah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba ke tempat kejadian, pasukannya mengalami kesukaran ke lokasi kejadian kerana keadaan jalan yang sempit dan mendapati api telah marak merebak memusnahkan rumah lain bersebelahannya.

Turut musnah 5 buah kenderaan dan 6 buah motosikal.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 5.49 pagi dan operasi memadamkan api tamat sepenuhnya pada jam 8.03 pagi.

Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *