HomeIsu tempatanSUKAN : Fokus Dan Jangan Terlalu Yakin - Kurniawan

SUKAN : Fokus Dan Jangan Terlalu Yakin – Kurniawan

Read Time:1 Minute, 32 Second

JOHOR BAHRU: Semua pemain Sabah FC perlu terus komited serta fokus kepada perlawanan seterusnya.

Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, kemenangan pertama semalam menentang JDT II hanya sebagai panduan serta langkah untuk menghadapi perlawanan persahabatan seterusnya.

“Jangan terlalu yakin..fokus kepada perlawanan persahabatan lain. Tempoh rehat selama dua bulan agak panjang.

“Namun kita yakin akan gunakan perlawanan persahabatan ini untuk mengukur kemampuan pemain-pemain kita disamping menguji keserasian dalam kalangan pemain lama dan baharu,” katanya.

Kurniawan berkata, memang ada beberapa kesilapan yang dilakukan semalam yang perlu diperbaiki dalam perlawanan akan datang.

 “Pada separuh masa kedua kita nasihatkan ini hanya perlawanan persahabatan, sepatutnya tidak perlu ada tekanan dalam kalangan mereka. Terus fokus serta bermain dalam situasi yang biasa,” katanya.

Kurniawan berharap agar momentum persembahan ini akan dikekalkan menjelang perlawanan Liga Super menentang PJ City FC, 24 Julai ini sekali gus dapat mencapai keputusan baik kelak.

Terdahulu, pada perlawanan persahabatan itu, Sabah FC berjaya mengenepikan cabaran JDT II selepas bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk memenangi perlawanan latihan persahabatan pertama dengan jaringan 1 – 3 di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Gol JDT II dijaringkan Amirul Husaini Zamri pada minit ke 16 manakala Park Taesu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 32 selepas menyempurnakan umpanan daripada Saddil Ramdani.

Bersambung babak kedua, Saddil sekali lagi bertindak cemerlang apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti JDT II berjaya ditanduk masuk pemain import Croatia, Josip Ivancic (Yoyo) pada minit ke 50.

Bobby Gonzales yang masuk menggantikan Josip Ivancic di pertengahan babak kedua turut melakar nama sebagai penjaring gol apabila berjaya menewaskan penjaga gol JDT II pada minit ke-81 untuk gol ketiga Sabah FC selepas menerima umpanan daripada pemain muda, Mohamad Sahrizan Saidin.

Sabah FC akan bertemu JDT II sekali lagi esok di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin bermula pukul 9:00 malam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya