HomeIsu tempatanADUN Lumadan buka 32 ‘food bank’ untuk mereka yang memerlukan

ADUN Lumadan buka 32 ‘food bank’ untuk mereka yang memerlukan

Read Time:1 Minute, 7 Second

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam melancarkan tiga ‘food bank’ (tabung bantuan makanan) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, di sini.

Ruslan berkata, beliau terpanggil di sini untuk menyediakan 32 ‘food bank’ kepada semua penduduk di DUN Lumadan, selari dengan slogan Lumadan Sejahtera,”

Setakat ini, jelasnya, terdapat tiga masjid yang membekalkan makanan kepada golongan yang memerlukan, manakala 29 masjid akan menyusul kemudian.

‘Food bank’ ini diwujudkan atas inisiatif untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan makanan.

Ruslan yang merupakan Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd berkata, bantuan makanan ‘food bank’ ini adalah untuk semua yang memerlukan tanpa mengira agama serta fahaman politik.

“Kepada mereka yang memerlukan, silalah datang ke masjid berhampiran, Insha Allah, kita akan bantu,” kata Ruslan semasa perasmian ‘food bank’ di Pekan Weston kelmarin.

Beliau juga menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 5 lagi penerima bantuan di acara tersebut.

Katanya, pihaknya akan berusaha membantu penduduk Lumadan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Saya merayu kepada semua mereka yang lain supaya dapat bersama-sama membantu menyumbangkan bantuan makanan,” katanya.

Menurut Ruslan lagi, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, 4,000 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan bakul makanan bagi DUN Lumadan, termasuk penduduk kampung yang berada dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Terdahulu, Ruslan telah melawat beberapa kampung yg dilanda banjir bagi memantau keadaan dan keselamatan penduduk kampung.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya