KJ Perlu Segerakan 82 Peratus Rakyat Sabah Yang Belum Divaksin – Pemuda PCS

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Ketua Pemuda Parti Cinta Sabah (PCS) Ag Zakariah Ibrahim mahu kerajaan pusat bersikap lebih adil bagi menyalurkan bekalan vaksin ke Sabah sama seperti Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, proses pemberian vaksin dinegeri ini terlalu perlahan berbanding negeri lain khususnya di Semenanjung.

“Kerajaan sering kali bersuara agar bertindak membuat keputusan berpandukan kepada fakta dan sains dan sebanyak 82 peratus rakyat Sabah masih belum divaksin berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Status vaksinasi Sabah

“Adakah kerajaan pusat tidak mempunyai perasaan empati kepada kami di Sabah yang berdepan situasi ini lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu,” katanya.

Zakariah berkata, Sarawak kini telah mendapat jumlah vaksin yang tinggi malah Labuan turut dilaporkan bakal mencapai imuniti kelompok lebih awal berbanding Sabah.

“Justeru saya meminta Menteri Bertanggungjwab, Khairy Jamaluddin untuk memberikan vaksin kepada Sabah Dan Putrajaya harus membantu kami dengan menyalurkan vaksin secukupnya kepada negeri kami dengan segera katanya .

2 thoughts on “KJ Perlu Segerakan 82 Peratus Rakyat Sabah Yang Belum Divaksin – Pemuda PCS

  1. Saya setuju tu,Kedua orang tua saya yg masing2 berumur 60 Tahun dan 70 Tahun belum lagi mendapat vaksin Dos 1 apalagi Dos 2 lgi Ler belum.Mohon beri Bantuan Ler dengan secepatnya tuk Dos kedua org tua saya.Suara Anak Jati Sabah (Dayang Mastura, Kimanis)

  2. Perlu segera pemberian vaccine
    Utk kebaikan semua.terbaik ag usaha pasti
    Dpt perhatian. U can do it.perjuangankan hak rakyat sabah

Tinggalkan Balasan kepada Dyg Mastura binti Zulkifli Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *