HomeUtamaDUN Sabah : Sabah kekal destinasi pelaburan berdaya saing

DUN Sabah : Sabah kekal destinasi pelaburan berdaya saing

Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Sabah kekal sebagai destinasi pelaburan berdaya saing dan berpotensi tinggi apabila berjaya merekodkan sebanyak RM7.6 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan, iaitu peningkatan hampir 208 peratus berbanding tahun 2024.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, jumlah yang direkodkan bagi tempoh lima tahun itu memperlihatkan Sabah mempunyai daya tahan ekonomi, yang kukuh walaupun berdepan pelbagai cabaran, baik di peringkat domestik mahupun global.

“Untuk terus melonjakkan prestasi ekonomi, Kerajaan Negeri komited memperkukuh dan memacu pembangunan melalui pendekatan yang lebih inklusif serta mampan.

“Selain itu Kerajaan juga mahu memastikan keseimbangan antara kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar serta pengukuhan infrastruktur,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Pembukaan Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 di sini pada Khamis.

Tun Musa berkata pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0): 2026-2030 telah dilancarkan sebagai kerangka induk yang menerajui pembangunan negeri dengan mengekalkan tiga teras utama.

Antaranya ialah Sektor Utama Pertumbuhan Ekonomi, Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, serta Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau.

“Pelan ini diperkukuhkan lagi dengan penekanan strategik terhadap pembangunan ekonomi biru, pendigitalan dan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Menurutnya, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 (RMK-13), sebanyak 10 bidang keutamaan yang berpaksikan kepada keperluan dan potensi sebenar negeri Sabah telah dikenal pasti.

Katanya, sebanyak 1,173 projek telah dirancang, di mana 933 daripadanya adalah projek baharu dan selebihnya adalah projek sambungan.

“Secara keseluruhannya, jumlah siling peruntukan yang diperakukan adalah RM12.024 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 141.62 peratus berbanding siling di bawah RMK-12.

“Peningkatan ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memacu pembangunan,” katanya – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
BusinessUtama

Agong akan tentukan calon baharu Ketua Pesuruhjaya SPRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular