HomeUtamaPenduduk Pedalaman Perlu Diberi Keutamaan Terima Vaksin Dos Tunggal

Penduduk Pedalaman Perlu Diberi Keutamaan Terima Vaksin Dos Tunggal

Read Time:1 Minute, 6 Second

KENINGAU: Pemberian vaksin dos tunggal kepada penduduk di kawasan pedalaman dilihat lebih menjimatkan masa dan mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman berkata, pemberian vaksin dos tunggal kepada penduduk di pedalaman lebih praktikal kerana tidak perlu menunggu jadual suntikan kedua.

“Kerajaan diminta untuk memberi keutamaan kepada penduduk pedalaman khususnya di Sabah untuk memperoleh bekalan vaksin dos tunggal CanSino kerana penduduk luar bandar tinggal di pelbagai lokasi berjauhan dengan kemudahan jalan yang amat daif.

“Keutamaan bekalan vaksin kepada penduduk pedalaman dapat mengatasi kos pengangkutan yang tinggi untuk ke bandar,” katanya.

Annuar yang juga Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Liawan merujuk kepada kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin yang menyatakan sebanyak 3.5 juta dos tunggal vaksin Cansino dari China bakal sampai Julai ini.

Katanya, pihaknya amat memahami keperluan penduduk kawasan-kawasan terpencil perlu diberi vaksin sehingga ke perkampungan mereka untuk mengatasi masalah perjalanan yang jauh.

“Itu sebabnya, program outreach vaksinasi dos tunggal patut diperbanyakkan ke seluruh pelosok perdalaman,” katanya.

Dalam pada itu,  Annuar meminta penduduk pedalaman agar tidak risau dan ragu tentang keberkesanan vaksin dos tunggal CanSino kerana vaksin itu disahkan pihak berkuasa farmasi negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Annuar berharap saranannya mendapat pertimbangan serius demi menjayakan program imunisasi peringkat negeri dengan pantas, berkesan dan efektif.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya