HomeIsu tempatanSUKAN : Pengendali Sabah FC Tidak Berpuas Hati Prestasi Pemain

SUKAN : Pengendali Sabah FC Tidak Berpuas Hati Prestasi Pemain

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya ketika menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas malam tadi.

Meskipun tidak berpuas hati, Kurniawan tetap menghargai kerja keras pemainnya bagi memastikan Sabah beroleh mata di gelanggang sendiri.

“Pemain telah memberi komitmen yang tinggi dan berjuang hingga minit terakhir dimana kita telah berjaya mengekang Sri Pahang daripada membawa pulang tiga mata selepas mendahului jaringan 2-1 pada minit ke-93.

“Saya hargai kerja keras pemain kerana berjuang hingga minit akhir dan tahniah buat Sri Pahang kerana mendapat satu mata tetapi terus terang kita memang tidak berpuas hati sebab sasaran kita adalah untuk menang,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Pemain Sabah FC, Josip Ivancic muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-94, seminit selepas pemain Sri Pahang, Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol kedua Pahang sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2 – 2. FOTO : MAHA

Kurniawan berkata, perlawanan malam tadi dilihat mampu mencatat kemenangan dan juga kekalahan selepas terdapat banyak peluang tidak dimanfaatkan dengan baik.

“Saya lihat mungkin ada empat hingga lima kali dengan kebarangkalian menghasilkan gol antara 80 peratus hingga 90 peratus.

“Kita juga tidak disiplin dalam menjaga lawan. Bagaimanapun, hal yang positif pemain kita berjuang hingga minit terakhir. Apabila tertinggal, mereka berusaha untuk menyamakan kedudukan dan kita tetap bersyukur  mendapat satu mata,” katanya.

Terdahulu, dalam perlawanan malam tadi, penyerang import Sabah FC, Josip Ivancic muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-94, seminit selepas pemain Sri Pahang, Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol kedua Pahang sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2 – 2.

Kurniawan berkata, situasi itu menggambarkan pentingnya pemain perlu terus fokus kepada permainan hingga saat akhir.

Kecederaan yang dialami salah seorang pemain pertahanannya, Park Taesu yang terpaksa dikeluarkan pada minit awal permainan juga sedikit sebanyak mempengaruhi permainan Sabah FC terutama di bahagian tengah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya