HomeUtamaCOVID-19: Dua kluster baharu berpunca jangkitan tempat kerja dan komuniti

COVID-19: Dua kluster baharu berpunca jangkitan tempat kerja dan komuniti

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan hari ini berpunca penularan jangkitan COVID-19 ditempat kerja dan komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata , dua kluster tersebut iaitu Kluster Batu Dua, Tawau dan Kluster Gunsapau, Ranau, Kota Marudu.

Katanya, Kluster Batu Dua, Tawau melibatkan perebakan jangkitan COVID-19 di tempat kerja iaitu kedai roti.

Kes indeks merupakan lelaki, 58, dari Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman dan tidak bekerja telah disahkan positif hasil saringan bergejala di hospital swasta pada 17 Julai 2021.

Menurut Masidi lagi, saringan kontak rapat mendapati tiga rakan serumah positif, salah satu daripadanya adalah anak kepada kes indeks yang bekerja di kedai roti terbabit.

Manakala, Kluster Gunsapau, Ranau, Kota Marudu dikategorikan sebagai kluster komuniti.

Masidi berkata, penularan jangkitan COVID-19 kluster ini melibatkan kontak sosial di Kg Tagibang dalam daerah Kota Marudu. Kes indeks merupakan wanita, 24, disahkan posiitf COVID-19 (RTK-Ag) pada 21 Julai 2021, diikuti empat kontak positif RTK-Ag pada 22 Julai 2021 melalui saringan bergejala.

Namun turut dikesan positif, kontak serumah kes indeks di Kg Pugi Gunsapau, Kg Nawanon dan Kg Tagibang di Kota Marudu pada 24 dan 27 Julai 2021.

“Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak kedua-dua kluster ini sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan,” tambah Masidi.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya