HomeUtamaSyarikat & Industri Di Sabah Dibenarkan Membeli Vaksin Secara Terus

Syarikat & Industri Di Sabah Dibenarkan Membeli Vaksin Secara Terus

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan dan memberi kebenaran kepada semua syarikat dan industri di Sabah untuk membeli bekalan vaksin secara terus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pembelian vaksin itu membabitkan tiga jenis vaksin yang sedang digunakan kini disemua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.

“Antara vaksin itu adalah vaksin jenis Pfizer; Sinovac dan Astrazeneca.  Syarikat dan industri terlibat akan menjalankan program imunisasi kepada pekerja di premis mereka yang dijadikan PPV Sementara.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan membantu menguruskan klinik swasta untuk melaksanakan program imunisasi di premis atau ladang masing-masing,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, Sabah melepasi empat angka kes positif COVID-19 di Sabah iaitu sebanyak 1,066 kes iaitu mencatat peningkatan sebanyak 290 kes berbanding 776 kes yang dicatatkan semalam.

Katanya, jumlah itu merupakan angka tertinggi yang direkodkan tahun ini di Sabah.

“Sarıngan kontak rapat masih lagi merupakan penyumbang paling tinggi iaitu sebanyak 640 kes atau 60.04 peratus daripada kumulatif kes COVID-19 hari ini di mana daerah Kota Kinabalu mencatatkan jumlah saringan kontak rapat paling tinggi iaitu 125 kes.

“Saringan bergejala pula mencatatkan sejumlah 157 kes atau 14.73 peratus daripada kumulatif harian negeri Sabah dan saringan kluster merekodkan 157 kes atau 14.73 peratus, manakala sarıngan bersasar merekodkan 51 kes atau 4.78 peratus,” katanya.

Menurutnya, Sabah turut merekodkan dua kluster baharu dengan jumlah sebanyak 16 kes iaitu Kluster Batu 2, Tawau dan Kluster Jalan Gunsapau, Ranau.

Sementara itu, Masidi berkata, Sabah turut merekodkan sebanyak enam kes kematian akibat jangkitan COVID-19 membabitkan tiga di daerah Beaufort dan masing-masing satu di Sandakan; Kudat dan Penampang.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya