HomeIsu tempatanSebuah rumah PPR atas air roboh di Kampung Bokara Sandakan

Sebuah rumah PPR atas air roboh di Kampung Bokara Sandakan

Read Time:48 Second

SANDAKAN: Sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) roboh terjunam ke dalam air di Perkampungan atas air Kampung Bokara dekat sini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, pihak balai menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada jam 3.04 petang, hari ini 30 Julai 2021.

Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba dengan pelbagai pangkat bergegas ke tempat kejadian yang jaraknya 8 kilometer dari Balai Bomba daerah.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II KUP Burhanudin Kadir dan satu jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah PPR telah rebah terjunam separuh ke dalam air, ini disebabkan tiang rumah telah reput, bagaimanapun dilaporkan semua penghuni dalam rumah tersebut dalam keadaan selamat.

“Bertindak atas kejadian itu, pasukan bomba membuat pemeriksaan di kawasan kejadian tersebut dan memastikan tiada bahaya lain,” jelas Affendy.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.10 petang, namun tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya