PICK : Program Jangkauan Luar Menerusi CITF Mampu Bantu Capai Sasaran Imuniti Kelompok

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA MARUDU: Program Jangkauan Luar Imunisasi COVID-19 yang dilaksanakan menerusi Task Force Imunisasi COVID-19 (CITF) mampu membantu mencapai sasaran imuniti kelompok vaksinasi daerah ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Julita Majunki berkata, program yang dilaksanakan dengan beberapa agensi kerajaan itu diharap mampu mempercepatkan lagi capaian sasaran imuniti kelompok.

“Program sebegini merupakan langkah terbaik dalam membantu penduduk yang tinggal jauh di luar bandar mendapatkan vaksin COVID-19 sekaligus mempercepatkan capaian imuniti kelompok bagi daerah ini.

“Saya mengharapkan agar semua masyarakat yang tinggal di luar bandar agar bersama-sama hadir memberi kerjasama kepada pihak terlibat yang sanggup datang ke kawasan luar bandar semata-mata untuk memberi vaksin,” katanya semasa ditemui media di Kampung Teringai Laut.

Julita turut mengingatkan agar penduduk yang sudah divaksin agar sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Kita menyeru kepada semua penduduk kampung agar terus menjaga SOP agar kita boleh mengurangkan jangkitan COVID-19, kepada mereka yang sudah divaksin dos pertama untuk sentiasa peka tarikh temujanji dos kedua agar mereka tidak terlepas melengkapkan dua dos.

“Saya juga difahamkan, sehingga kini, sebanyak 14 peratus penduduk daerah ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, dan saya harap dengan kerjasama yang baik penduduk kampung, kita akan mencapai imuniti kelompok 80 peratus dalam masa terdekat,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Penerangan Sabah, Puan Nadzerah Abdullah, Pegawai Daerah, Alexander Yong, Pegawai Kesihatan, Dr Siti Nadrah dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, William Lampaki./PENERANGAN-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *