HomeUtamaTakut Jarum Suntikan & Perlu Sokongan Emosi Antara Gelagat Penerima Di PPV...

Takut Jarum Suntikan & Perlu Sokongan Emosi Antara Gelagat Penerima Di PPV IPT-UMS

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Takut kepada jarum suntikan selain ada yang melakukan larian setempat sebelum diberikan vaksinasi menjadi antara cabaran yang dihadapi petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah (IPT-UMS).

Ia termasuklah ada penerima vaksin yang mahu mendapatkan sokongan emosi terlebih dahulu sebelum diberikan suntikan vaksinasi.

Menceritakan pengalaman itu, Jururawat Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) Debbie Micheal berkata, meskipun berdepan dengan pelbagai gelagat orang awam yang datang menerima vaksin namun dia berbangga dapat membantu rakyat negeri ini menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kalau diikutkan memang ramai yang takut jarum terutama lelaki namun selepas diberi penerangan dan nasihat akhirnya mereka mahu menerima juga suntikan vaksin COVID-19 ini.

“Meskipun saya rasa lucu dengan gelagat penerima yang hadir tetapi ini merupakan salah satu cara kami menghilangkan rasa tekanan dalam tugas disebabkan kami berdepan dengan ramai orang setiap hari,” katanya kepada Sabah Media di PPV IPT-UMS disini hari ini.

Debbie yang telah bertugas di PPV berkenaan sejak dibuka 14 Jun lalu turut meminta agar rakyat di negeri ini segeralah mendaftar sebagai penerima vaksin dan hadir pada janji temu yang telah ditetapkan.

Berbeza dengan rakannya, Sabrina Paul yang turut bertugas sebagai Jururawat HUMS mengakui pernah memujuk penerima vaksin wanita selama hampir 3 minit untuk diberi suntikan vaksinasi selain perlu diberi sokongan emosi.

“Selain takut dan gementar, ada juga yang melakukan senaman ringan seperti larian setempat disekitar kawasan pemberian vaksin sebelum mereka duduk. Ada juga penerima yang datang mengenakan pakaian kostum Spiderman dan Marvel.

“Ada juga yang mahu diberikan sokongan emosi dan dipegang tangan agar tidak terlalu terasa kesakitan akibat suntikan vaksin berkenaan,” katanya.

Walaubagaimanapun katanya, terdapat penerima yang masih enggan diberikan vaksin meskipun sudah datang ke PPV berkenaan.

“Kami tidak dapat berbuat apa, kerana ini adalah permintaan mereka dan kami hanya mengikut dan menghormati kemahuan penerima,” katanya.

Terdahulu, PPV IPT-UMS mula dibuka pada 14 Jun lalu kini memberi suntikan kumulatif dos harian sebanyak 3,000 dos sehari selain turut melaksanakan pemberian vaksin secara ‘walk-in’ kepada indivudu berusia 40 tahun keatas dan komorbid.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya