HomeIsu tempatanKolaborasi UMS-Industri Bantu Bakal Graduan Persiap Hadapi Alam Pekerjaan

Kolaborasi UMS-Industri Bantu Bakal Graduan Persiap Hadapi Alam Pekerjaan

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Kelab Kejuruteraan Awam (CEC) Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama pihak industri baru-baru ini menganjurkan ceramah bagi mempersiapkan bakal graduan Kejuruteraan Awam dalam menghadapi alam pekerjaan.

Pensyarah FKJ UMS, Ts. Sr. Dr. Asmawan Mohd Sarman berkata, ceramah itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pilihan kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

“Pada masa sama ia juga bagi memberi memberi gambaran lebih jelas bahawa peluang pekerjaan bagi graduan kejuruteraan awam tidak terhad kepada sesuatu bidang tertentu sahaja.

“Kita mahu pelajar memahami segala ilmu yang dipelajari juga boleh diaplikasi dalam bidang yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Asmawan berkata, untuk itu dua alumni Program Kejuruteraan Awam UMS dijemput sebagai ahli panel bagi berkongsi kisah dan pengalaman sepanjang perjalanan dalam kerjaya masing-masing.

“Penceramah ini ialah Ts. Allifah Jamal yang kini memegang jawatan sebagai Production Surveillance Engineer di Petronas Carigali Sarawak Operation Sdn. Bhd.

“Seorang lagi ahli panel ialah Fatin Suraya Suhaili yang kini berkhidmat sebagai Construction Executive di Petronas Carigali Sdn. Bhd. Sabah Assets,” katanya yang juga moderator sepanjang ceramah berlangsung.

Dalam ceramah mereka, Allifah dan Fatin turut memaklumkan selok belok pekerjaan mereka yang biasanya didominasi oleh golongan lelaki.

“Kami dahulu juga tidak pernah menjangkakan untuk memegang jawatan yang ada pada hari ini.

“Oleh itu, saya mendorong agar semua pelajar untuk sentiasa terbuka hati mencuba sesuatu yang baharu sebaik sahaja menamatkan pengajian,” jelas Fatin.

Kedua-dua mereka turut memuji usaha FKJ atas inisiatif menganjurkan ceramah industri tersebut.

“Penganjuran ceramah seperti ini amat bertepatan bagi membantu bakal graduan bersiap sedia menghadapi alam pekerjaan kelak.

“Ia sekali gus membuka mata mereka terhadap gambaran perjalanan karier yang bakal ditempuh,” kata Allifah.

Berlangsung secara dalam talian, ceramah itu disertai 57 pelajar tahun akhir program Kejuruteraan Awam, FKJ UMS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya