Anggap Diri Kita Sebagai ‘Frontliners’ Dalam Usaha Bendung Penularan COVID-19 – Masidi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: “Anggap diri kita sebagai ‘frontliners’ dalam usaha membendung penularan COVID-19. Elak menjadi pembawa virus ke rumah kita sendiri dan menjangkiti orang-orang yang tersayang,” demikian tegas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri berkata, seperti yang dinyatakan beberapa kali, apabila virus sudah berada dalam komuniti, ‘lockdown’ bukan lagi kaedah yang berkesan untuk membendung penularan COVID-19. Lockdown adalah satu-satunya pilihan terbaik dalam ketiadaan vaksin.

“Manakala, lockdown mampu mencapai matlamat “zero Covid” di lokaliti-lokaliti tertentu sebelum virus berada dalam komuniti serta kemunculan varian-varian baru yang lebih merbahaya dan mudah menjangkit seperti varian Delta,” ujarnya.

Menurut Masidi, walaupun trend kes positif COVID-19 yang ‘turun naik’ sejak beberapa hari kebelakangan ini tetapi tidak melebihi paras empat angka.

Katanya, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 761 kes, namun jumlah kes sembuh pula sebanyak 950 lebih tinggi berbanding kes positif yang dicatatkan hari ini. Selain 11 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di Lahad Datu manakala Putatan, Sandakan, Kudat, Keningau, Tongod, Semporna, Kota Kinabalu, Nabawan dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Beliau turut memaklumkan bahawa jangkitan dalam komuniti kekal tinggi direkodkan hari ini hampir 38% (286/761) daripada semua kes baharu adalah melalui Saringan Bergejala manakala peratusan kes yang diperolehi melalui Saringan Kontak rapat 54.14% tidak terlalu jauh bezanya dengan jumlah kes daripada saringan bergejala.

Katanya, di Kota Kinabalu, 41 kes daripada 104 kes adalah kes melalui Saringan Bergejala, Putatan, 11 kes daripada 22 kes, Tawau, 11 kes daripada 20 kes, Sandakan, 16 kesdaripada 33 kes, Lahad Datu, 19 kes daripada 42 kes, Kota Belud, 36 kes daripada 80 kes dan Ranau, 21 kes daripada 54 kes.

“Peratusan kes melalui Saringan Bergejala yang tinggi di banyak daerah harus menjadi satu peringatan kepada masyarakat agar berhati-hati bila berada di khalayak ramai. Patuhi semua prosedur operasi standard (SOP). Amalkan penjagaan kesihatan diri,” tegasnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *