HomeUtamaKerajaan Sabah Buat Keputusan Rabu Ini Berhubung Pergerakan Rentas Negeri

Kerajaan Sabah Buat Keputusan Rabu Ini Berhubung Pergerakan Rentas Negeri

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membuat keputusan Rabu ini sama ada pergerakan rentas negeri akan turut dikuatkuasakan di negeri ini atau tidak selepas kerajaan Persekutuan mengumumkan kebenaran rentas negeri di seluruh negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Negeri Sabah akan mengemukakan cadangan berkaitan rentas negeri untuk dibincang pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

“Kita ambil kira peratusan penduduk dewasa di Sabah yang telah memperolehi vaksin lengkap belum sampai kepada 90 peratus  iaitu hanya sekitar 65 peratus.

“Ia juga ada prasyarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rentas negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai kebenaran rentas negeri mulai esok.

Masidi berkata, Sabah kini masih berada dalam kawalan pergerakan perjalanan mengikut Zon (sistem Zon) dan kawalan rentas daerah diluar kawasan Zon masih berkuatkuasa.

Terdahulu, sebelum ini Masidi berkata, pergerakan rentas negeri mungkin tidak dibenarkan di Sabah dalam tempoh terdekat susulan kadar vaksinasi yang masih rendah.

Katanya, kebenaran rentas negeri akan dipertimbangkan sebaik sahaja kadar vaksinasi populasi dewasa di Sabah mencapai tahap yang munasabah.

Petang tadi, kerajaan Persekutuan membenarkan aktiviti rentas negeri berkuat kuasa pada 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan larangan aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri berkata, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya