HomeIsu tempatanJKKN Sabah Anjur Rhythms of Kinabalu @ Online 2021

JKKN Sabah Anjur Rhythms of Kinabalu @ Online 2021

Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) Sabah akan menganjurkan Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 yang bertemakan ‘Musical Land Below The Wind’.

Program yang dilaksanakan selama dua hari bermula 23 Oktober ini akan disiarkan menerusi saluran media sosial JKKN TV.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan JKKN Sabah berkata, program itu bertujuan untuk penyemarakkan dan pemeliharaan seni tari dan muzik selain menyebarluaskan aktiviti kesenian dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri kreatif di negeri Sabah.

Katanya, program itu turut meningkatkan apresiasi seni muzik dan tari khasnya masyarakat tempatan di Sabah.

“Program yang disiarkan melalui JKKN TV selama dua hari ini dianjurkan bersama beberapa agensi iaitu JKKN Sabah, Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah dan Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS).

“Turut terlibat Radio Televisyen Malaysia, Tourism Malaysia, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Sabah Tourism, Universiti Malaysia Sabah dan Akademi Seni Dan Teknologi Kreatif (ASTIF),” kata kenyataan itu disini hari ini.

Program yang dianjurkan sejak tahun 2011 hingga 2017 itu terhenti seketika dan di adakan semula pada tahun 2021 dengan konsep yang baharu dan norma baharu akibat daripada pandemik COVID-19 yang mana bentuk persembahan yang ditampilkan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

JKKN Sabah telah menambahbaik serta memberi suntikan baharu dengan mempelbagaikan pengisian aktiviti untuk semua peringkat umur dan sesuai ditontoni oleh seisi keluarga serta khalayak yang berbeza.

Antara pengisian program ini adalah seperti persembahan muzikal ’Musical Land Below The Wind’ yang merangkumi Bahagian Pantai Barat Utara, Bahagian Pantai Barat, Bahagian Pedalaman Atas, Bahagian Pedalaman Bawah, Bahagian Sandakan dan Bahagian Pantai Timur Sabah seperti nyanyian, tarian, koir, okestra muzik, promosi produk seni budaya dan pelancongan negeri Sabah.

Antara artis tempatan yang turut membuat persembahan dan bersama-sama menjayakan ROK pada kali ini adalah Jimmy Palikat, Francis Landong, Canang Busker, Fauziah Gambus, Razali Kulintangan, Dyana, Aziz Omar, Siti Fairuz, Razip@Anip, Kumpulan Kesenian JKKN Sabah dan Kumpulan Kesenian Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Turut membuat persembahan Kumpulan Tagap Dance, Kumpulan Pratama Dance, Kumpulan D’Step, Kumpulan Pemuzik Tempatan Tradisional Negeri Sabah, Kumpulan Pemuzik Okestra Moden (UMS), Artis Budaya Muzik Tradisional Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, In Unity Chorale Choir dan juga Maya Hejnowska yang merupakan Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021.

Penganjuran program ini diharap dapat memberi impak baharu dalam penyemarakan seni dan industri pelancongan negara khususnya di Sabah, dan seterusnya mewarnai seni di Sabah dalam pelbagai medium dan genre  kesenian pada setiap kali penganjurannya.

Apatah lagi meletakkkan ritma dan muzik tradisional negeri Sabah suatu acara penting untuk hidangan dan hiburan masyarakat umum.

Untuk maklumat lanjut mengenai ROK 2021, orang ramai boleh layari laman sesawang www.jkkn.gov.my atau laman sosial www.facebook.com/mysenibudaya dan www.facebook.com/jkknsabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya