Sambutan Maulidur Rasul Selasa Ini Dilaksanakan Mengikut SOP

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah tahun ini hanya terhad kepada 300 orang tetamu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sambutan juga akan turut dihadir Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada selasa ini.

“Setelah memohon kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah jemputan hanya terhad kepada 300 orang sahaja. 

“Selain itu, acara turut diadakan dalam pematuhan SOP yang ditetapkan termasuklah saringan kesihatan serta ujian calitan COVID-19 bagi petugas serta para jemputan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini. 

Mohd Arifin berkata, beberapa acara lain turut dirancang bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini namun ia bergantung kepada situasi semasa iaitu pelaksanaan secara maya ataupun fizikal sekiranya diberikan kelonggaran.

Katanya, antara program yang dirancang adalah pertandingan nasyid moden dan tradisi, marhaban dan berzanji serta dua acara baharu iaitu puisi berkumpulan sirah nabi dan video sketsa sirah nabi S.A.W di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Tambah beliau, program menyantuni asnaf dan pengagihan bakul makanan di beberapa buah daerah sempena sambutan itu juga bakal dilaksanakan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *