HomeSukanFokus Tiga Mata Menentang JDT, Jumaat Ini

Fokus Tiga Mata Menentang JDT, Jumaat Ini

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Tiga tonggak Sabah FC yakin pasukan mereka mampu meraih tiga mata penting sekiranya semua pemain mengekalkan disiplin dan semangat juang tinggi ketika bertemu JDT, jumaat ini di Stadium Likas.

Hamran Peter yang bermain di bahagian tengah berkata kehadiran Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee dilihat memberi semangat baharu kepada pasukan untuk bermain lebih cemerlang dalam mengharungi baki saingan TM Piala Malaysia 2021.

“Kita lebih berkeyakinan daripada sebelum ini. Kehadiran Datuk Ong mungkin bukan saya sendiri sahaja tetapi semua pemain yakin dengan perubahan besar yang dilakukannya,” katanya.

Sementara itu pemain import dari Korea Selatan, Park Taesu menyifatkan corak latihan yang diterapkan Kim Swee sangat berkualiti dan berintensiti tinggi serta berjalan dalam suasana yang sangat baik.

Manakala bagi pemain pertahanan muda Sabah FC, Abd Hanafie Tokyo Abd Hasim menyifatkan kehadiran Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee adalah penyelamat kepada pasukan Sabah FC.

“Sebagai pemain, saya nampak semua pemain banyak menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam latihan. Ini yang kita mahukan sebagai pemain. Lagi pun corak latihan pun bagus berintensiti tinggi dan ok la bagi saya.

“Kalau saya diturunkan inshAllah saya buat yang terbaik Sabah sudah buat training yang bagus mungkin inshAllah tiga point inshAllah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya