HomeUtamaCOVID-19 : Ranau Penyumbang Utama Peningkatan Kes Jangkitan

COVID-19 : Ranau Penyumbang Utama Peningkatan Kes Jangkitan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Ranau menjadi penyumbang utama kepada faktor peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah itu juga menjadi satu-satunya daerah yang mencatatkan kes baharu tiga angka iaitu sebanyak 104 kes.

Katanya, angka itu juga mewakili sekitar 1/6 daripada jumlah kes harian diseluruh Sabah hari ini.

“Jumlah kes harian di Sabah hari ini meneruskan trend meningkat walaupun pada skala yang kecil.

“Hari ini kes positif meningkat sebanyak 14 kes menjadikan kes terkumpul jangkitan baharu berjumlah 599 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 15 daerah lain mencatatkan penurunan kes dengan empat daripadanya mencatatkan penurunan yang signifikan.

Katanya, cuma 10 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan dua daripadanya menunjukkan pertambahan yang ketara.

“Kes-kes jangkitan yang berlaku secara sporadik atau lebih dikenali kes saringan bergejala kekal tinggi dimana hari ini 218 daripada 599 kes atau 36.4 peratus adalah jangkitan yang berpunca daripada Saringan Bergejala.

“Di Ranau, 32 kes daripada 104 kes di daerah tersebut adalah dalam kategori ini,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, jumlah kes yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah walaupun jumlah kes meningkat.

Katanya, sebanyak 94.83 peratus daripada keseluruhan kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5.

Tambahnya, sejumlah 22 kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Walaupun sekatan ke atas aktiviti-aktiviti sosial telah banyak dilonggarkan tetapi semua penduduk adalah diperingatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa.

“Elakkan daripada menganjur atau menghadiri majlis-majlis sambutan dan keramaian yang pasti mengundang risiko jangkitan yang tinggi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya