HomeIsu tempatanAnugerah Sasterawan Sabah Sabtu Ini

Anugerah Sasterawan Sabah Sabtu Ini

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU :  Anugerah Sasterawan Negeri Sabah akan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, Sabtu ini.  

Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Aminah Awang Besar berkata anugerah tersebut merupakan yang kali kedua diadakan dan pencalonan telah dibuka sejak tahun lalu.

“Majlis anugerah ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), dan anugerah tersebut akan disampaikan sendiri oleh Tun Juhar.

“Pencalonan adalah dari badan-badan bukan kerajaan lazimnya seperti persatuan dan institusi dan penilaian telah dibuat dengan seadil-adilnya dalam memilih calon untuk menerima anugerah ini.

“Ketua panel yang mengadili penilaian tersebut adalah Sasterawan Negara sendiri dan juga keputusan telah pun dibuat,”  katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar, di Istana Seri Kinabalu.

Tambah beliau, anugerah berkenaan akan memberikan kredit kepada calon tersebut untuk dicalonkan menjadi sasterawan negara.

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjungan dari Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR) yang diketuai Datuk Dr. John Ariffin Abdul Samad./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya