HomeIsu tempatan138 Peserta Dari 10 Negara Sertai Program Kepimpinan Belia Asia AYLA 2021...

138 Peserta Dari 10 Negara Sertai Program Kepimpinan Belia Asia AYLA 2021 UMS

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Seramai 138 peserta dari 10 negara menyertai program kepimpinan belia Asia Youth Leadership Assemblage (AYLA) 2021 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Pengarah AYLA 2021, Low Yee Teng berkata, penganjuran program selama dua hari itu memfokuskan pembangunan daya saing, inovasi, kecerdasan dan kemahiran pengurusan masa untuk melahirkan pemimpin muda di seluruh benua Asia.

“Ia seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals – SDGs) yang diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Antara yang dibincangkan adalah matlamat SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti, SDG 5 (Kesaksamaan Jantina), SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi), SDG 7 (Tenaga Berpatutan dan Bersih), SDG 13 (Tindakan Terhadap Iklim), SDG 14 (Kehidupan Dalam Air), SDG 15 (Kehidupan di Darat), and SDG 17 (Kerjasama demi Matlamat),” katanya.

Low Yee Teng berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, program itu diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom membabitkan 18 universiti di Asia.

“Antara negara yang mengambil bahagian termasuklah China, Indonesia, Thailand, India, Kemboja, Filipina, Timor-Leste, Pakistan dan Brunei.

“AYLA 2021 juga menampilkan fasilitator jemputan dari Majlis Belia Komanwel Perwakilan Serantau Asia, Archana Vijai Kumar untuk membincangkan ujian personaliti bagi pemimpin belia.

“Selain itu kita turut menjemput Ketua Pegawai Eksekutif Empowered Living Intentionally Forward Everyday (L.I.F.E) Amerika Syarikat, Kenneth Antoine, untuk mengupas tentang analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman,” jelasnya.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa belia adalah bakal pemimpin yang akan mencorakkan masa depan dunia.

“Justeru, perkembangan kemahiran mereka adalah penting untuk melahirkan pemimpin yang hebat. Penyelesaian masalah, kemahiran interpersonal dan kemahiran kepimpinan adalah aspek yang perlu digilap dan diselaraskan dengan matlamat untuk melahirkan pemimpin global.

“Syabas dan tahniah atas penganjuran AYLA 2021. Saya kagum dengan semua pemimpin dalam acara ini kerana kesanggupan, dedikasi, dan keinginan mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru,” katanya.

Dengan tema Future on Us, program tersebut diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UMS dan rakan strategik RAKUN, sebuah komuniti sosial yang menyebarkan kasih dan kegembiraan, serta mempromosi universiti sebagai rumah kedua kepada pelajar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular