Pegawai Daerah Perlu Kreatif & Proaktif Pulihkan Aktiviti Ekonomi Daerah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pegawai Daerah diseru untuk sentiasa bersiap sedia dari segi pemulihan ekonomi di daerah masing-masing bagi menghadapi fasa endemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, para pentadbir daerah harus kreatif, proaktif serta fokus dalam membuat perancangan bagi memulihkan aktiviti sosio-ekonomi di daerah masing-masing.

“Seterusnya mampu mewujudkan pulangan ekonomi serta peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk di daerah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Minggu Integriti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) di Dewan KPLBS, disini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Tetap KPLBS, Datuk Faimin Kamin, dan Timbalan Setiausaha Tetap 1, Aftar Nurajat.

Jahid berkata, Pegawai Daerah perlu menubuhkan Jawatankuasa Induk Pelancongan di peringkat daerah masing-masing.

Katanya, ia bagi mewujudkan produk pelancongan baharu serta potensi perindustrian yang mampu menjana pendapatan bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada masyarakat setempat selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya (SMJ) Rancangan Pembangunan.

Terdahulu, ketika berucap, Jahid menyeru kepada semua golongan perkhidmatan awam agar sentiasa mengamalkan integriti tinggi, di samping mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni dan berusaha mengatasi masalah-masalah serta kelemahan terutamanya dalam pengurusan.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Logo Terbaik dalam program tersebut, Amijeh@SH Amijah SH Jurih dari Pejabat Daerah Pitas, dan Pertandingan Poster Terbaik yang dimenangi Sakinah Abd Rahman, juga dari pejabat Daerah Pitas, kedua-duanya diwakili Pegawai Daerah Pitas, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul.

Manakala hadiah bagi Pertandingan Slogan Terbaik dimenangi Abd Rahim Said dari daerah Membakut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *