HomeUtamaMUIS Halal Hub Ditubuhkan Di Sabah

MUIS Halal Hub Ditubuhkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Industri halal di Sabah akan terus diperkasa dan terpelihara menerusi penubuhan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hub.

Menteri Tugas-Tugas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pewujudan MUIS Halal Hub ini adalah bagi memastikan halalan toyiban menjadi fokus di negeri ini.

“Dibawah Halal Hub ini, segala urusan berhubung dengan halal, penyelarasan berhubung permohonan halal dan pemeriksaan halal akan dilaksanakan MUIS.

“Ia akan dibantu dengan kerjasama daripada agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kementerian berkaitan halal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat MUIS Halal Hub di Wisma MUIS disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, MUIS dan agensi lain akan bekerjasama bagi melaksanakan visi dan misi halal hub di Sabah.

Katanya, selain memperkasa halal, Halal Hub ini juga akan memastikan halal terus terpelihara bagi mengurangkan atau mengelakkan keraguan umat Islam.

“Kita (MUIS Halal Hub) akan memberikan kemudahan kepada pengusaha-pengusaha kecil untuk mendapatkan patuh syariah dari hasil produk mereka selain akan memberikan bimbingan dari segi bengkel dan sebagainya di seluruh daerah.

“Selain itu, MUIS juga akan melaksanakan kempen kesedaran berhubung halal ini dan perlunya halal ini khususnya untuk usahawan kecil yang perlu dibantu kerana mereka juga menghasilkan produk-produk sederhana dan kecil tetapi perlu mendapat patuh, sijil patuh syariah yang kita akan permudahkan untuk mendapatkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya