YNJ Serah Sumbangan Penghawa Dingin & Sejadah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

SANDAKAN :  Seramai 456 pelajar Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) St Monica disini akan menikmati kemudahan pembelajaran agama dengan selesa.

Hasrat tersebut direalisasikan bekas murid sekolah berkenaan, Brigider Jeneral Al Hambra Tun Juhar yang juga Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menerusi sumbangan dua unit penghawa dingin dan 15 unit karpet sejadah gulung dengan nilai keseluruhan RM 5,570.

Sumbangan itu diserahkan kepada Guru Besar SK St Monica, Nukilis Gampalid @ Nicholas untuk diletakkan di bilik agama untuk digunakan oleh murid-murid beragama Islam yang menjalankan aktiviti seperti kelas mengaji Al-Quran, solat dan sebagainya.

“Menerusi sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat memberi keselesaan kepada pelajar yang mengadakan kelas keagamaan yang sebelum ini kekurangan kemudahan penghawa dingin dan sejadah.

“Ini merupakan sekolah pertama di daerah Sandakan yang kita beri sumbangan memandangkan saya pernah bersekolah di sekolah ini lebih kurang 20 tahun lalu dan YNJ akan meneruskan aktiviti sumbangan kepada sekolah-sekolah lain yang memerlukan,” katanya.

Al Hambra yang merupakan Komander Rejimen 507 Askar Wataniah ditemui media selepas menyempurnakan majlis berkenaan di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri merangkap Bendahari Kehormat YNJ Datuk Abinan Asli, Biro Perhubungan Awam YNJ Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir dan Guru Besar SK St Monica, Nukilis Gampalid @ Nicholas./Penerangan- 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *