COVID-19: 4 Daerah Penyumbang Utama Jumlah Kes Harian Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kes harian positif COVID-19 hari ini menyusut sebanyak 23 kes berbanding angka semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan baharu bagi Sabah sebanyak 351 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 351 kes hari ini, empat daerah yang menjadi penyumbang utama jumlah kes harian positif COVID-19 iaitu Kota Kinabalu sebanyak 59 kes, Tuaran 50, Kota Belud 41 dan Ranau 33 kes.

Manakala, Daerah Papar, Penampang, Keningau, Beaufort dan Tenom juga mencatat kes dua angka tetapi masih dibawah paras 30.

Menurut Masidi, secara keseluruhan 22 daripada 27 daerah di Sabah hari ini mencatatkan kes di bawah paras 20 kes dengan 18 daripadanya mencatatkan kes satu angka sahaja. Tidak ada kes baharu dicatatkan di empat daerah iaitu Kalabakan, Kunak, Semporna dan Tongod.

“Daripada 351 kes hari ini, 341 orang atau 97% adalah dalam Kategori 1 dan 2 yakni tidak bergejala atau hanya mengalami gejala ringan. Mereka tidak memerlukan rawatan di hospital. Seorang pesakit dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 serta dua orang lagi pesakit dalam Kategori 5. Lima pesakit lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Tambah Masidi, dengan mengambilkira statistik kes harian di seluruh negara pada 3 Disember 2021, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0/RT bagi Malaysia ialah 0.97, manakala Sabah pula, 0.94.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *