Kerajaan Negeri Mahu MOTAC Bantu Sektor Pelancongan Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Selain Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Kerajaan Negeri juga mahu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membantu merancakkan dan memulihkan semula industri pelancongan negeri ini kerana penggiat industri pelancongan di Sabah amat terkesan akibat COVID-19.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bahawa beliau mahu MOTAC dan agensinya di Sabah membantu industri pelancongan negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Hajiji berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri MOTAC, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar A/L Ramanaidu di kediaman rasminya di Sri Gaya Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji telah diberi taklimat peranan dan fungsi jabatan dan agensi MOTAC di Sabah oleh Dr. Santhara dan ketua-ketua jabatan dan agensi kementerian itu yang hadir.

Sehubungan dengan itu Hajiji turut menyatakan selain membantu industri pelancongan negeri, pengusaha pelancongan berasaskan komuniti juga memerlukan sokongan untuk membantu memulihkan aktiviti selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu memastikan sektor pelancongan kembali rancak dan menjadi salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negeri,” tegas Hajiji.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Roland Chia dan ketua-ketua jabatan dan agensi Motac di Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *