HomeUtamaPenggiat Media Sosial Diseru Bantu Kerajaan Negeri Sampaikan Fakta Betul

Penggiat Media Sosial Diseru Bantu Kerajaan Negeri Sampaikan Fakta Betul

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Penggiat media sosial diseru supaya membantu kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat dan fakta yang betul berhubung dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa berkaitan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Social Media Influencers di Sabah International Convention Centre (SICC), semalam.

Majlis itu dianjurkan oleh Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Dalam sesi ramah mesra dan interaksi itu, Hajiji menerangkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Belanjawan Negeri Sabah 2022 dan usaha serta cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam mendepani pandemik COVID-19.

Antara penggiat media sosial berpengaruh yang hadir ialah Duyung Darat, Ben Uzair, Tumatik, Laki-Laki Kacak 2, Tinimungon Tangon Kadazan Dusun, Eylia Guntabid, Dabra Sia, Rosario Bianis, Angelica Paujin, Maldini, Fanzi Ruji, Keddy Mahdfuz, Wehanida, Tashri Abdullah Cyrill, Clyrie von Derek dan Gabriella Rachel.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Inovasi Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah, Prof Madya Dr Ts Ramzah Dambul dan Pengurus Besar Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC), Viviantie Sarjuni.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular