COVID-19 : 20 Peratus Kes Jangkitan Libatkan Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Hampir 20 peratus daripada 287 kes jangkitan COVID-19 yang direkodkan di Sabah hari ini melibatkan kanak-kanak bawah usia 12 tahun yang belum layak menerima vaksin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 132 pesakit atau 46 peratus daripada jumlah kes jangkitan hari ini adalah terdiri daripada wanita.

Katanya, seramai 54 orang atau 19 peratus daripada jumlah jangkitan hari ini turut melibatkan warga asing.

“Setelah mencatatkan penurunan 66 kes semalam, jumlah kes di Sabah meningkat sebanyak 24 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan  287 kes.

“Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi hari ini dengan 57 kes (+10), diikuti Papar dengan 37 kes (+25) dan Ranau 33 kes (+19),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah Tuaran, Kota Belud dan Penampang mencatat penurunan jumlah kes harian walaupun pada skala yang kecil.

Katanya, kebanyakan daerah mencatatkan jumlah kes di bawah paras 20 kes dengan 15 daerah hanya mencatatkan satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di tiga daerah.

“Seramai 277 orang daripada 287 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan  2 yang mana pesakit dalam kategori ini hanya memerlukan pemantauan dan rawatan di rumah atau PKRC.

“Hanya seorang pesakit bagi setiap Kategori 3, 4 dan 5 manakala kes yang melibatkan tujuh  lagi pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *